Blogroll

Followers

ENTRI TERKINI

Dua wanita dedah payudara ditangkap

2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

LVIV, Ukraine - Dua wanita yang mendedahkan payudara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin.

Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.

Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.

Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut. - Agensi

p/s : mcm2 kan sekaran nih, sanggup buat ape saja utk tarik perhatian org.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Nak tahu sebab apa Chewing Gum diharamkan di Singapore?

7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum telah diharamkan di Singapura. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: “kami tak buat apa.kami buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?”

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi ” Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?” Raja Siam jawab “kami tak buat apa,kami buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand”

Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya “Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?” Raja Siam jawab “Kami tak buat apa, kami! buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand” Raja Siam plak Tanya: “apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?” PM Singapore jawab:” kami tak buat apa, kami buang aje.” Raja Siam: “ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore”

Erk! muka PM Singapore jadik merah padam” dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore.

Bangkai makhluk asing ditemui

5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ITAJUBA, Brazil - Satu mayat makhluk asing ditemui di sini dan dirakamkan pada 26 September 2011 yang berukuran 45 sentimeter tinggi.

Mayat itu dikatakan ditemui oleh seorang pegawai tentera polis, Jose Luis yang berusia 44 tahun dan berasal dari negeri Minas Gerais.

Semasa dia merakamkan imej itu, dia bersama dengan anak lelakinya.

Menurutnya, makhluk asing itu mengeluarkan bau yang amat kuat.

Namun, bangkai makhluk asing itu hilang degan tiba-tiba selepas empat hari dibiarkan.

Imej itu disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu. - Agensi

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Safee Sali tolak tawaran berlakon

2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

KUALA LUMPUR: Penyerang negara, Safee Sali, menerima tawaran sebagai pelakon undangan tetap daripada stesen televisyen Indonesia, Transit7 selepas membuat penampilan sulung sejam dalam sitkom Opera Vanjava, Rabu minggu lalu.

Bagaimanapun, kapten Pelita Jaya FC (PJFC) itu terpaksa melupakan hasrat cabang baru yang dianggap menarik itu berikutan ingin memberikan tumpuan kepada kelab dan skuad kebangsaan. “Saya terkejut apabila pengurusan stesen itu menawarkan saya berlakon lagi. Tapi, saya terpaksa tolak. Bagaimanapun, jemputan sebagai pelakon undangan memberi pengalaman berharga tidak mungkin saya lupakan,” katanya ketika dihubungi di Jakarta, semalam.

Walaupun menganggap jemputan itu sekadar `suka-suka’, namun lakonan Safee di sisi pelakon terkenal Indonesia antaranya Eddy Supono atau Parto, Entis Sutisna (Sule), Andre Taulany (Andre), Muhammad Azis (Azis) dan Tri Retno Prayudati (Nunung) dikatakan memukau kira-kira hampir 300 penonton di studio. Siri komedi berkonsep pertunjukan wayang pentas versi moden itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen itu. Katanya, jemputan itu berpunca selepas dia sering ke studio stesen televisyen itu untuk menyaksikan rakaman Opera Vanjava. Safee berkata, dalam episod `Cinta Tragis Palsu Ciin’ itu, dia diberi peranan untuk membaca skrip dan mengenakan kostum dan terpaksa menggunakan dialek Indonesia yang dianggapnya tidak banyak berbeza dengan bahasa Melayu. “Tapi, agak gementar juga kerana pertama kali berlakon. Malah, kekok untuk menyesuaikan diri dengan pelakon terkenal Indonesia. Tapi, alhamdulillah, saya sudah cuba memberikan yang terbaik dan tidak sangka mendapat tepukan gemuruh penonton di studio,” katanya. Safee adalah pemain kebangsaan yang ‘tersesat seketika’ di bidang lakonan selepas pemain lagenda, Mokhtar Dahari yang membuat kemunculan dalam filem Mekanik arahan Othman Hafsham, pada 1983.

Kad Kredit palsu serendah RM15 | Aedma9179 |

2 comments
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

KUALA LUMPUR – Keghairahan seorang pemilik perniagaan percetakan dan seorang pekerjanya mencetak kad-kad kredit palsu bagi kegunaan sindiket antarabangsa berakhir dengan mereka ditahan dalam serbuan di sebuah kilang di Bandar Puteri, Pelabuhan Klang di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu, polis turut merampas 3,246 keping kad kredit palsu yang siap diproses. Turut dirampas beberapa mesin atau alat yang digunakan untuk memproses kad kredit.

Sindiket tersebut antara lain memalsukan kad-kad kredit milik City Bank, HSBC Bank, Standard Chartered Bank, American Express, Hua Nan Comercial Bank, China Merchants Bank, Axis Bank dan The Royal Bank of Scotland.

Jumlah semua rampasan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajudin Mohd. Isa berkata, dua suspek berusia 44 dan 21 tahun itu menyembunyikan kegiatan mereka dengan berselindung di sebalik syarikat percetakan yang diusahakan secara sah.

Syarikat percetakan itu telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

“Syarikat itu mencetak pelbagai jenis kad seperti kad keahlian kelab, kad institusi pengajian tinggi dan kad-kad syarikat.

“Namun kerana tamak untuk mendapat untung lebih, tauke syarikat dan seorang pekerjanya turut mengambil tempahan untuk memproses kad-kad kredit palsu,” kata beliau sambil memberitahu kegiatan salah itu dipercayai baru beroperasi lima bulan lalu.

Bercerita mengenai modus operandi dua suspek itu, Tajudin berkata, suspek dipercayai menerima tempahan daripada ahli sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa yang menyertakan jenis-jenis kad kredit palsu yang dikehendaki.

Kebanyakan ahli sindiket itu membabitkan warga asing.

“Setiap kad kredit yang siap diproses dijual pada harga serendah RM15 sekeping dan kualiti pada setiap kad menyerupai kad-kad kredit tulen,” kata beliau.

Salun cuci telinga di Tokyo | Aedma9179

1 comments
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

TOKYO - Salun-salun yang menawarkan perkhidmatan gadis-gadis mencuci telinga pelanggan kembali popular di Jepun selepas kerajaan membenarkan mereka yang tidak mempunyai latihan perubatan turut menawarkan perkhidmatan itu.

Salun Yamamoto Mimikakiten di sini mendapat sambutan hangat dengan pelanggan membayar AS$35 (RM108.64) untuk sesi selama setengah jam.

Pelanggan di salun Yamamoto akan baring di riba wanita cantik yang berpakaian tradisi kimono dan akan mencuci organ tersebut sambil berbual mesra.

"Saya datang ke tempat ini untuk menenangkan fikiran. Isteri saya ada juga membersihkan telinga saya tetapi suasana di sini berbeza," kata seorang pelanggan lelaki salun berkenaan, Takahisa Kobayashi.

Perkhidmatan yang diberikan, kata Kobayashi, membuatkan dia terkenangkan cara ibunya mencuci telinganya dengan lembut di zaman kanak-kanak.

Pengurus salun itu, Satoru Takahashi berkata, hanya lima peratus pelanggan adalah wanita manakala bakinya ialah lelaki.

Satu notis pemberitahuan di meja penyambut tetamu menyatakan salun itu tidak menawarkan perkhidmatan seks.

Salun itu mempunyai laman webnya iaitu www.yamamotomimikaki.com/index.php bagi menunjukkan hambar-gambar gadis yang bekerja mencuci telinga.

Terdapat juga salun lain yang menawarkan gadis memakai pakaian seperti amah untuk mencuci telingan para pelanggan. - AFP

Adi wira dedah identiti diri

2 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SEATTLE, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang memakai kostum adi wira ciptaannya untuk menjaga ketenteraman akhirnya mendedahkan mukanya di dalam sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu.

Dia membuka topengnya selepas diarahkan oleh beberapa pegawai mahkamah yang membicarakan kes dia menyembur serbuk lada kepada empat orang lelaki pada Ahad lalu.

Lelaki itu sebelum ini terkenal dengan panggilan adi wira Phoenix Jones.

Nama sebenarnya ialah Benjamin John Francis Fodor.

Menurutnya, dia cuba untuk meleraikan satu pergaduhan apabila dia diserang dalam kejadian tersebut.

Namun, pendakwa raya memberitahu hakim, mereka memerlukan masa untuk memutuskan sama ada akan memfailkan dakwaan dalam kes berkenaan.

Dia memakai semula topeng muka itu selepas perbicaraan tersebut.

Namun, semasa berdepan dengan pemberita, dia menanggalkan semula topengnya untuk mendedahkan identiti dirinya.

Menurutnya, dia merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang adik lelaki.

"Saya memutuskan untuk membuat perubahan dan menghentikan jenayah di dalam kawasan perumahan saya," katanya. - Agensi

Camar Bulan milik Malaysia Sejak 1978

0 comments
Assalamualaikum.

PONTIANAK, KOMPAS.com — Berdasarkan perundingan antara Indonesia dan Malaysia di Kinabalu (1975) dan Semarang (1978), wilayah Camar Bulan seluas 1.400 hektar di Kalimantan Barat merupakan wilayah Malaysia. Kesepakatan ini megoreksi traktat London 1824 yang memasukkan Camar Bulan sebagai wilayah Indonesia, tepatnya di patok batas A 88 sampai patok A 156.

Traktaat London adalah kesepakatan antara Kerajaan Inggris dan Belanda terkait pembagian wilayah administrasi tanah jajahan kedua negara. Isi perjanjian itu antara lain mencakup batas negara antara Indonesia dan Malaysia di Kalimantan didasarkan pada watershead. Maksudnya, yang menjadi tanda pemisah adalah aliran sungai atau gunung, deretan gunung, dan batas alam dalam bentuk punggung pegunungan.

Pangdam XII Tanjungpura, Mayjen TNI Geerhan Lantara, yang dimintai tanggapan, Minggu malam, mengatakan, TNI akan tegas menjaga kedaulatan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).

"Di mana yang ada patok sekarang, di situ saya jaga. Terkecuali dia (Malaysia) yang duluan masuk," ujar Geerhan yang dihubungi melalui telepon, Minggu (9/10/2011).

Pangdam mengatakan, sebagai TNI, pihaknya akan berada pada posisi sesuai hasil pertemuan Semarang 1978 itu. "Ada etika antarnegara. Silakan saja orang-orang berbicara. Kalau tentara kita masuk, bisa perang. Kalau mereka yang masuk menyerang, pasti kita sikat," katanya tegas.

Wakil Kepala Penerangan Kodam XII/Tanjungpura, Letkol Inf Totok, juga menegaskan, meski ada Traktat London, TNI bertugas menjaga perbatasan berdasarkan keputusan 1978 di Semarang.

Totok juga mengungkapkan, kasus Camar Bulan bukan satu-satunya ancaman pencaplokan kawasan di perbatasan Kalbar. Ada empat wilayah lain yang juga terancam. Empat wilayah tersebut adalah Sungai Buan, Titik D 400, Gunung Raya, dan Sungai Aum.

Menurut Totok, langkah yang saat ini diambil TNI adalah menyiagakan 30 pos sepanjang 966 km di sepanjang perbatasan Indonesia-Malaysia yang berada di wilayah Kalimantan Barat. "TNI melakukan penjagaan secara patroli di 30 pos tersebut," ujarnya.

Masih dirundingkan

Isu perbatasan ini diungkapkan kembali oleh Wakil Ketua Komisi I DPR, TB Hasanuddin, yang melaporkan garis batas wilayah Camar Bulan seluas 1.400 hektar dan Tanjung Datu seluas 80 ribu meter persegi tidak sesuai dengan traktat London.

Menanggapi pernyataan Hasanuddin, Juru bicara Kementerian Luar Negeri Michael Tene mengatakan, masalah Camar Bulan saat ini masih dalam tahap perundingan.

"Indonesia dan Malaysia memiliki batas perairan di wilayah Kalimantan Barat. Saat ini, kedua pemerintah masih merundingkan batas wilayah maritim dan Zona Ekonomi Eksklusif (ZEE) di daerah tersebut. Perundingan selanjutnya akan berlangsung pada 16-18 Oktober mendatang," kata Michael, Minggu (9/10/2011).

Gambar bogel mayat Raja Pop didedahkan

8 comments

Assalamualaikum.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Pihak pendakwa raya menunjukkan gambar mayat Raja Pop, Michael Jackson dalam keadaan bogel semasa perbicaraan doktor peribadi Jackson, Conrad Murray, memasuki minggu ketiga kelmarin.

Murray, didakwa kerana menyebabkan kematian Jackson dengan memberi dos berlebihan ubat bius kuat, propofol kepada penyanyi legenda tersebut.

Ketika perbicaraan berlangsung, gambar mayat Raja Pop dengan bahagian kemaluannya dihitamkan ditunjukkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini.

Terdapat beberapa kesan lubang halus di kedua-dua tangan dan kaki iaitu tempat ubat bius propofol dimasukkan ke dalam badannya menerusi tiub perubatan.

Ibu Jackson, Katherine yang turut hadir pada perbicaraan itu, dilihat bergegas keluar dari bilik mahkamah sebaik sahaja gambar mayat anaknya didedahkan, dipercayai kerana tidak sampai hati melihat anaknya dalam keadaan menyedihkan.

Semasa gambar tersebut ditunjukkan, pendakwa raya menyoal koroner, Dr. Christopher Rogers yang memeriksa mayat Raja Pop selepas kematiannya pada Jun 2009 berhubung kemungkinan Jackson sendiri menyuntik dos tambahan propofol ke dalam badannya.

"Pada pendapat saya, penggunaan sendiri ubat propofol tidak menyokong kematian Jackson," kata Rogers.

Menurutnya, kemungkinan yang berlaku adalah Murray terlebih memberikan ubat propofol kepada Jackson untuk membantu dia tidur.

Murray memberitahu polis dalam sesi soal siasat yang diperdengarkan di mahkamah pada minggu lalu bahawa dia beredar dari katil Jackson selama dua minit pada 25 Jun, 2009 untuk ke tandas.

Sekembalinya dari tandas, dia mendapati penyanyi itu sudah tidak bernafas.

Rogers bagaimanapun berkata, dalam jangka masa sesingkat itu, Jackson yang sudah dipengaruhi ubat bius tidak mungkin dapat menyuntik lebih banyak propofol melalui tiub yang dimasukkan di kakinya sehingga menyebabkan pernafasannya terhenti sebelum Murray kembali.

"Senario yang diceritakan Murray kurang munasabah," kata Rogers kepada mahkamah.

Menurutnya, dia sebaliknya percaya doktor peribadi itu tersilap memberikan dos propofol semasa cuba menidurkan Jackson.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini dijangka berlangsung selama lima minggu sehingga akhir bulan ini.

Murray boleh dipenjarakan selama empat tahun sekiranya dia didapati bersalah kerana membunuh tanpa sengaja. - AFP

Wordless Wednesday

3 comments
Assalamualaikum.

Keagungan Allah S.W.T

Bayi 23 hari diliwat bapa kandung!

15 comments
Assalamualaikum.

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

p/s : ape la nak jd ngan dunia skang ni? dah takde agama ke?

Biodata Najwa Latif

6 comments

Assalamualaikum.

Sekarang nih dah ramai aku tgk org minat kat Najwa Latif ni.

Kenapa ek....

Tp takpe la, demi korang semua aku sanggup search kat google pasal Najwa Latif.

Thanks to Google

Ni la hasilnya....

Biodata Profil Najwa Latif

Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Tarikh Lahir: 23rd May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Status: Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial:
Blog: www.najwalatifs.blogspot.com
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter: @njwalatif
YouTube: www.youtube.com/najwa595

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Wordless Wednesday

0 comments
Assalamualaikum.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Najib mungkin disepina ke mahkamah Perancis

0 comments
Assalamualaikum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera. Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilion bagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan.

Perjanjian pembelian senjata itu, yang juga termasuk jualan yang serupa kepada Pakistan dan Taiwan, telah memalukan Perancis di mana pegawai-pegawainya didakwa telah menerima 'komisen' jutaan dolar dari firma pembuat kapal selam Perancis, DCN. Jika Najib disepina, dia terpaksa pergi ke Paris dalam tempoh satu atau dua bulan apabila kes ini didengar di mahkamah terbuka. Perkara ini pasti tidak akan menyenangkan perdana menteri. Bagaimanapun ditanya jika Najib boleh diseret ke mahkamah, Joseph Breham, peguam yang mewakili NGO hak asasi manusia - Suaram - yang memfailkan kes terhadap pembuat kapal selam Perancis itu pada tahun 2009, berkata idea itu mungkin "sukar dilaksanakan". "Najib boleh disepina, tetapi ia hanya satu kemungkinan pada masa ini," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual e-mel dari Paris. "Sebaik sahaja 'hakim arahan' dicalonkan, kita boleh mempertimbangkan ini," kata peguam itu yang pernah melawat Kuala Lumpur pada tahun lalu untuk mengumpul keterangan dan bukti berhubung kes berkenaan. Di bawah undang-undang Perancis, 'hakim arahan' adalah majistret yang bertanggungjawab untuk mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah. Kes berkenaan dibuang jika hakim mendapati bukti yang tidak mencukupi.

Dua wanita dedah payudara ditangkap

Posted by Aedma9179

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 
Copyright © Aedma9179 Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur