SELINSING - Penduduk Kuala Gula di sini gempar apabila
seorang warga emas yang disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan
didakwa kembali membuka mata dan menggerakkan badan selepas lima jam diletakkan
di dalam keranda.
Adik mangsa, Tan
Chai Soon, 55, berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kampung Cina Kuala Gula
kelmarin, kakaknya, Tan Chai Gaik, 69, disahkan meninggal dunia akibat sakit
tua oleh pembantu perubatan yang datang ke rumah untuk merawatnya.
Menurutnya, setelah
dimaklumkan pemergian mendiang, seluruh ahli keluarga menyediakan persiapan
untuk upacara sembahyang dan pengebumian mendiang.
“Setelah mendiang
diletakkan dalam keranda di rumahnya lebih kurang jam 1.30 tengahari, kesemua
ahli keluarga menjalankan upacara sembahyang.
“Sedang nama
mendiang disebut-sebut anak perempuan keduanya, tiba-tiba mendiang membuka mata
dan menggerakkan sedikit anggota badan ,”katanya ketika ditemui semalam.
Chai Soon berkata,
kesemua ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu segera menghubungi
semula pembantu perubatan yang merawat mendiang sebelum ini dan memintanya
memeriksa warga emas itu.
Dakwanya, pembantu
perubatan itu sangat terkejut setelah mendapati tekanan darah mendiang
memberikan bacaan stabil meskipun tidak lagi bernafas dan tiada denyutan nadi.
“Pembantu perubatan
segera mengarahkan ambulans daripada Klinik Kesihatan Kuala Gula menghantar
mendiang ke Hospital Taiping.
“Bagaimanapun,
pihak hospital mengesahkan mendiang sebenarnya meninggal dunia sejak disahkan
pada kali pertama dan kejadian ‘hidup’ kembali itu mungkin disebabkan tindak
balas luar biasa tubuh mendiang,” katanya.


.bmp)





.jpg)







