Posted by
Aedma9179
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa Yuna? Siapa Hana Tajima?
Popular sangat ke diorang tuh?
Yes memang popular di dalam bidang masing2 kan.
Jom kita kongsi biodata tentang diri mereka.

YUNA
Nama sebenar: Yunalis Zarai
Komersial: Yuna
Usia: 25 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1986
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
Hobi: Menonton filem
Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Album: Demo dan Yuna EP
Pencapaian: Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17), Lagu Terbaik menerusi Dan Sebenarnya (AIM17), Lagu Pop Terbaik menerusi Dan Sebenarnya (AIM17), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi Deeper Conversation (AIM17), Naib Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-24 menerusi Dan Sebenarnya, Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009), Penyanyi Wanita Popular (ABPBH 2010)

HANA TAJIMA SIMPSON
nama : hana tajima simpson
kerjaya : fashion designer
twitter : @hana_tajimastatus
status: SUDAH BERKAHWIN TO Nibras Hassan <-- betol ker??
hobi : mengenakan fesyen2 tudung yang ummphh!!
kawan baik : yunalis zarai
lain2 : fasih berbahasa ingeris,
Blog : hanatajimasimpson.com

Tuesday, November 15, 2011
Posted by
Aedma9179
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

SHANGHAI – Beribu-ribu pasangan di China akan melangsungkan perkahwinan hari ini kerana mereka menganggap 11/11/11 sebagai tarikh bertuah.
Akhbar Shanghai Morning Post melaporkan lebih 3,000 pasangan membuat tempahan untuk berkahwin di bandar raya ini.
Peluang untuk berkahwin pada tarikh yang mengandungi barisan angka 1 itu, kata akhbar berkenaan, cuma datang sekali dalam tempoh satu abad.
Keghairahan sama turut dilaporkan di bandar-bandar lain di China dengan lebih 400 pasangan menempah untuk berkahwin di bandar raya Wuhan, tengah China.
Di bandar Jinan, timur China pula lebih seratus pasangan merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut yang dianggap bertuah.
“Peluang untuk berkahwin pada hari ini yang memiliki tarikh 11/11/11 cuma datang sekali dalam seumur hidup,” kata seorang pengantin lelaki, Wang Qiang.
“Saya dan pasangan saya tidak akan membiarkan peluang ini terlepas,” tambahnya. – Agensi
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
Friday, November 11, 2011
Posted by
Aedma9179
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SEEKOR ular susu albino berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu
di Ridge Manor, Florida baru-baru ini. MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anak ular susu albino yang baru menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida didapati mempunyai dua kepala baru-baru ini.
Menurut seorang ahli biologi Universiti Tengah Florida, Daniel Parker, ular berkepala dua telah didokumentasikan hidup selama 20 tahun dalam kurungan.
Namun, katanya, dengan dua otak mengawal badan ular itu, haiwan itu sukar untuk terus hidup dalam alam hidupan liar.
Ular dikategorikan albino jika ia mempunyai warna merah, oren dan putih.
Menurut mitos, ular susu dikatakan menyedut susu daripada kantung susu lembu.
Namun, sebenarnya ular itu hidup di dalam bangsal dan suka suasana gelap dan sejuk.
Ia tidak berbisa dan makan cicak, burung, serangga dan mamalia kecil. - Agensi

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
Thursday, November 3, 2011
Posted by
Aedma9179
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

ROLAND TRETTL (kanan) membetulkan fesyen yang diperbuat daripada sotong pada tubuh seorang model di Muzium Komunikasi, Berlin pada Jumaat lalu.
BERLIN - Chef dan pereka makanan dari Tyrol Selatan, Roland Trettl mencipta fesyen diperbuat daripada makanan di Muzium Komunikasi di sini.
Muzium itu akan mempamerkan gambar model yang memakai fesyen ciptaan Trettl dan jurugambar Helge Kirchberger yang diperbuat daripada sayur-sayuran, sotong, bahagian dalaman haiwan dan makanan lain.
Pameran itu bermula dari 29 Oktober hingga 29 Januari tahun depan. - AFP

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
Wednesday, November 2, 2011