Blogroll

Followers

ENTRI TERKINI

Khasiat Belut

18 comments
Salam semua.

Hari ini Mr. A nak share ngan korang semua khasiat belut walaupun Mr. A mmg geli ngan binatang yg panjang2 ni..

Sup belut

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat. Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat. Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Harap korang semua akan cuba mkn ek...hehehe...

Jom Karok

0 comments

Salam semua.
Dah lama rasanya Mr. A tak g karaoke ngan member2. Jd untuk melepaskan gian utk berkarok, jom kita karok ramai2 dengan lagu Dan Bila Esok - Sofaz.

Nora Elena

6 comments
Iklan jap.

Nora Elena
Slot Akasia di TV3
Setiap Isnin - Khamis 7.00 mlm.

Lisa tidak kisah status duda Yusry

1 comments
Salam semua.
Hari ni Mr. A nak bergosip skit pasal seorang artis yang tengah meletop skang ni iaitu Lisa Surihani.

Dia tidak mengiyakan, dan dia juga tidak pernah menafikan ada sesuatu dalam hubungan yang terjalin antara dirinya dengan pengarah dan juga pelakon popular, Yusry Abdul Halim.

Biarpun banyak cakap-cakap nakal yang mengatakan mereka sedang asyik bercinta, namun pelakon jelita, Lisa Surihani masih enggan mengakui sama ada mereka benar-benar sedang berkasihan.

Namun begitu,dia mengakui sedang mengenali rapat salah seorang anggota kumpulan KRU ini, dan tidak kisah dengan statusnya sebagai seorang duda. Jelas Lisa dia tidak pernah menganggap status itu sebagai faktor untuk dia berkawan rapat.

"Kalau saya kisah dengan status dudanya, saya tidak akan mulakan hubungan ini sejak awal lagi. Pada saya, status itu tidak penting, dan ia sama sekali tidak mengganggu saya.

Sesetengah orang pasti tidak selesa dengan status sebegitu, tapi pada saya ia tidak menjadi masalah besar,"luahnya.

Ditanya tentang perjalanan hubungan mereka, jelas Lisa dia masih tidak boleh bercerita tentang perkara ini kerana tidak manis baginya untuk bercerita soal cinta.

"Sebagai perempuan, saya rasa tidak manis untuk saya terlalu bercerita tentang perkara ini. Saya lebih suka bercerita tentang kerjaya sahaja, berbanding bercerita mengenai peribadi sebegini, saya harap anda semua faham.

"Mengenai Yusri, kami makin mengenali, itu sahaja yang boleh saya katakan,"jelas Lisa lagi.

Lisa juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendekati Yusry hanya sekadar untuk mengambil kesempatan dalam kerjayanya.

"Saya tak boleh kawal apa orang nak cakap, tapi saya bukan begitu. Saya percaya, rezeki itu di tangan Allah, dan tak perlu saya berkelakuan begitu untuk mendapatkannya.

"Sejak usia 11 tahun saya sudah berusaha sendiri untuk mendapatkan tawaran lakonan, jadi saya tidak perlu taktik sebegini untuk mendapatkan job," luahnya yang ditemui di majlis pra tonton filem Karak, arahan Yusry Abdul Halim.

Lisa Surihani akan kembali mengacarakan program Mari Menari musim kedua, dan akan muncul dengan filem Sekali Lagi pada bulan Jun ini

Ape pun, Mr. A harap perhubungan mereka ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Top 5

5 comments
Salam semua.

TOP 5

In my life :
1. Family
2. Duit
3. Rumah
4. Kerja
5. Kereta

I hate :
1. Liar !
2. Berlagak mcm bagus
3. Tak tetap pendirian diri
4. Buat hal sendiri
5. Tak pandai nak bercampur

Salam Takziah

10 comments
Salam semua.
Terharu Mr. A bila tgk berita kat tv semalam, pasal tanah runtuh kat Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, Selangor.

Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.
Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian :

Enam belas yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. Marilah kita sama2 menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh. Al-Fatihah...

Segmen - Blog Review Bulan Mei 2011

1 comments
Salam semua.

Bulan Mei 2011 ni Mr. A akan review satu blog ni yang sebenarnya adalah blog member kepada Mrs. A. Kawan baik die dari zaman bujang diorang lagi. Skang ni masing2 dah ade anak dua. Actulally diorang ni satu tempat keja dlu, sebelum kawin la. Lepas kawin, Mrs. A dapat keja kat bangunan yg sama ngan Mr. A. So, diorang terpisah la tp still dok contact lagi la. Maklumla, skang ni kan dah ade mcm2 cara nak berhubung.

Ok la, berbalik kepada blog die ni. Nama blog ni Che NamNam. Blog ni kalu kite tgk mmg cantik, tersusun, mana taknya, mmg byk gmbr2 di setiap entri2. Mmg tertarik kan? Sebenarnya majoriti pembaca blog suka tgk gambar kan? kalu takde gambar, mesti tak menarik minat korang. Kalu korang nak kenal diorang ni, sila kan. Mr. A mmg kenal diorg satu family ni. Diorang mmg peramah, senang nak berkawan. So, semua bloggers, rajin2 la korang terjah blog Che NamNam k..

Nostalgia 40 tahun Majalah URTV

3 comments
Salam semua.
Dah lama tak update blog ni, sorry la sbb sibuk skit kebelakangan ni.
Jom kita layan gmbr2 kat bwh ni untuk mengembalikan kenangan peminat2 majalah URTV.

Let's the picture tell the story

3 comments
Salam semua.
Hari ni Mr. A akan biarkan gambar yg menceritakan segalanya untuk semua k, bak kata org putih "Let's the picture tell the story"

H.A.P.P.Y N.U.R.S.E.S D.A.Y

1 comments
Salam semua.
Hari ni 12 May 2011 adalah Hari Jururawat.

Profesion jururawat adalah satu bidang yang sangat berharga. Bidang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan prospek yang sangat cerah.

Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan.
Bagaimanapun, kalangan generasi muda hari ini kurang berminat menceburi bidang kejururawatan dan memilih kerjaya ini sebagai yang terakhir.

Mungkin disebabkan pekerjaan ini tidak glamor, terpaksa mengikut shift dan menjaga pesakit yang membosankan, takut jarum atau darah serta tidak suka persekitaran hospital yang membosankan.
Ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif.
Malah, jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi.
Negara masih kekurangan jururawat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di hospital kerajaan, tetapi di hospital swasta juga.

Justeru, menjelang tahun 2020, kerajaan mensasarkan agar nisbah bilangan kepada penduduk adalah bersamaan 1 jururawat untuk 200 penduduk.
Secara purata, kerajaan memerlukan lebih kurang 75,000 jururawat bagi tujuan berkenaan, ini bermakna kerajaan perlu melatih dalam anggaran 5,000 jururawat setahun.
Bidang kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia dan selalunya mereka yang terlibat dalam bidang ini disebut `unsung heroes'.

Profesion kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek yang sangat cerah, bukan sahaja di negara ini, malah di negara-negara luar seperti di Timur Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di negara mereka dengan gaji yang lumayan.

So, kepada jururawat2 di seluruh Malaysia, taburlah bakti anda dengan sejujurnya untuk kesejahteraan dan kesihatan semua.

Selamat Hari Ibu

4 comments
Salam semua.
Best gak hari ni bila blogwalking ke blog rakan2 sbbnye semua ade entri pasal hari ibu kan. So, Mr. pun nak uat gak entri untuk Hari Ibu ni, tp just a short entry only.

Kepada Mak, mama dan semua yang digelar ibu2 di seluruh Malaysia terimalah lagu ini.

Mama

She used to be my only enemy
And never let me free
Catching me in places
That I knew I should's be
Every other day I crossed the line
I didn't mean to be so bad
I never thought you would
Become the friend I never had
( 1 )
Back than I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see thought your eyes
All that you did was love

Mama I love you
Mama I care
Mama I love
Mama my friend
My friend...

I didn't want to hear it then
But I'm not ashamed to say I now
Every little thing you said
And did was right for me
I had a lot of time to thing about
about the way I used to be
never had a sense of my responsibility

( repeat 1 )

Mama I love you
Mama I care
Mama I love you
Mama my friend
Your my friend

Kristian Agama Rasmi Malaysia?

5 comments
Salam semua.
Just nak share ngan semua bloggers..
Perhatikan dan fahami Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah ni :

Perkara 1. Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.

(1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.

(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

(3) Tertakluk kepada Fasal (4), wilayah-wilayah bagi setiap Negeri yang disebut dalam Fasal (2) ialah wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri itu sebaik sebelum Hari Malaysia.

(4) Wilayah bagi Negeri Selangor tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206] dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 [Akta A1095] dan wilayah bagi Negeri Sabah tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585], dan kesemua Wilayah Persekutuan tersebut hendaklah menjadi wilayah-wilayah Persekutuan.

Perkara 2. Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.

Parlimen boleh melalui undang-undang—

(a) menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan;
(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri,

tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan melalui undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.

(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

(2) Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam Perkara itu; atau
(b) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam Perkara itu.

(3) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan perundangan mana-mana Negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau—

(a) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa Negeri;
(b) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, dalam prosiding antara Persekutuan dengan Negeri itu.

(4) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) (iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan; dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana-mana Negeri yang akan atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perenggan (a) atau (b) Fasal itu.

p/s : agak2 Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia boleh ke di ubah? so, korang semua jgn risau tentang kenyataan Utusan Malaysia yg hanya akan memecah belahkan perpaduan kaum dgn mengapi2kan isu2 berkaitan agama. Agama Islam tetap akan menjadi agama rasmi negara kita.

AMARAN KERAS ! JGN SESEKALI MENGAPI2KAN RAKYAT MALAYSIA, RAKYAT MALAYSIA BUKANNYA BODOH UNTUK MEMPERCAYAI SEMUA ITU!

Tizz Zaqyah bercinta?

4 comments
Salam uolls..
Hari ni Mr. A nak berkongsi dengan uolls pasal sorang heroin filem Nur Kasih yg tgh panas ditayangkan di pawagam seluruh negara iaitu Tizz Zaqyah.

Namanya sudah lama dikaitkan bercinta dengan aktor Remy Ishak namun setiap kali ditanya pastinya pelakon wanita jelita, Tizz Zaqyah menafikan tentang khabar angin itu, apatah lagi pasangan ini sering kelihatan keluar bersama.

Bosan dan menganggap cerita cinta merupakan privasi dalam hidupnya, Tizz berharap kenyataannya kali ini merupakan jawapan terakhir daripadanya tentang pertanyaan itu.

"Sejak drama Nur Kasih lagi ramai yang berharap saya dan Remy menjadi seperti Nur Amina dan Adam, mereka keliru antara drama dan realiti.

"Keserasian kami hanya di dalam drama dan filem Nur Kasih, di luar lokasi kami hanya kawan. Tidak semestinya kami berkawan, berdua-dua, kami akan berkahwin.

"Saya tidak mahu bercerita tentang cinta melebihi kerjaya, saya akan beritahu bila saya nak kahwin, tapi tidak mahu bercerita tentang cinta. Saya harap ini kali terakhir saya menjelaskan bahawa saya tiada apa-apa hubungan dengannya,"jelas Tizz.

Bercerita tentang wataknya sebagai Nur Amina dalam filem Nur Kasih The Movie, menurut Tizz setiap babak yang dilakonkan memberi tekanan kepadanya.

"Saya takut tak boleh berikan apa yang mereka mahukan dalam watak Nur Amina, dan setiap babak saya berikan seratus sepuluh peratus keyakinan supaya tidak mengecewakan pengarah.

"Alhamdulillah, pertama kali menonton filem ini hari ini saya berpuas hati dan berharap peminat juga dapat menerima filem ini dengan baik," jelas Tizz.

Hebat sangat ke?

1 comments
Salam uolls...
Hari ni Mr. A saje nak uat entri gempak skit pagi2 khamis ni. Hebat sangat ke? Ape yg hebat tu? Apsal perlu menunjuk-nunjuk ngan org lain? Igt org lain tak mampu ke nak beli semua tu? Jgn igt kalu dah pki keta import, dah ada umah, rasa dah hebat. Fikir lah org lain sama k, tgk org lain pki keta apa, dok kat umah jenis apa. Cermin skit diri tu, kalu muka tu lawa/hensem tu takpe la. Ni tak muka pun bersepah kat merata2. Kat roadwalk penang pun berlambak.

Gambar hiasan. Takde kena-mengena yg hidup ataupun mati.

Haha...Mr. A cuma nak lepaskan tension je ngan org sekeliling ni, Berlagak tak kena tempat. Atleast Mr. A dah kawin, dah ade anak dua, dah ada keta (tp bkn keta import la), dah ada umah sendiri. Ko ade ke semua tu? Kalu takde semua tuh, jgn dok berlagak sgt k, berlagak skit2 dah. Ramai org akan terasa dengan statement ko tu. Kalu ko dah ade semua tu, diam je. Org lain pun taknak amik tahu semua tu, xder sape nak jaga tepi kain ko yg slalu koyak tu. Jgn pandang org sebelah mata k. Huhu, jahat je bunyinye kan, sabar je la Mr. A. Harap2 suatu hari nanti ko akan sedar langit tinggi ke rendah. Harta tu semua bknnye bleh bwk ke dalam kubur pun. Aku tahu ko tak dpt merasa semua tu dlu kan, tu pasal la ko berlagak sgt skang ni. Ko kena igt gak tak selamanya ko di atas k. Bile time ko di bawah, ramai org akan tolong gelakkan kat ko.

Sam terima bayaran tinggi untuk Adnan Sempit 2?

6 comments
Salam semua.
Hari ni Mr. A nak kongsi ngan uolls semua pasal artis muda yg di anugerahkan bakat besar dalam lakonan iaitu Shaheizy Sam.

Baru sahaja memenangi Anugerah Bintang Paling Popular, ternyata rezeki anak muda bernama Shaheizy Sam ini semakin bertambah dan tidak pernah putus.

Mengakui jadual kerjanya sudah penuh sehingga penghujung tahun 2011 ini, Shaheizy Sam atau mesra disapa, Sam ini bakal memulakan penggambaran filem terbarunya, Adnan Sempit 2.

Filem Sekuel yang berkesinambungan daripada filem Adnan Sempit ini masih lagi meletakkan Sam sebagai pelakon utama dan begitu juga turut menampilkan beberapa orang pelakon yang sama iaitu Intan ladyana, Yana Shamsuddin dan Along. Menjanjikan kelainan dan lebih ekstrem daripada filem pertamanya, Adnan Sempit 2 ini bakal diarahkan oleh Ismail Bob Hasim.

Bercerita tentang wataknya sebagai Adnan, Sam tidak menolak andaian bahawa dirinya menerima bayaran yang lebih daripada apa yang diterimanya sewaktu melakonkan filem Adnan Sempit yang lalu.

"Setiap manusia tidak boleh berada pada satu tempat atau tahap yang sama untuk satu tempoh masa yang lama, dan kita seharusnya sentiasa naik dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih baik, begitu juga dari segi bayaran.

"Apa yang boleh saya katakan tentang bayaran adalah, Alhamdulillah,"jelasnya.

Melihat kejayaan filem Adnan Sempit yang lalu, sudah pasti peminat dan penonton mengharapkan sesuatu yang lebih menarik . Agak gentar bila memikirkan perkara itu, Sam berjanji memberikan yang terbaik dalam filem itu nanti.

"Semua kerja saya mempunyai tekanan yang berlainan, untuk filem ini, sudah tentu saya agak tertekan kerana sebelum ini ia begitu diterima ramai.

"Daripada segi watak, tidak banyak yang berbeza antara watak Adnan yang lama dengan Adnan yang baru, tetapi saya akan memperlihatkan watak Adnan itu jauh lebih extrame berbanding watak lama.

Melihat pada pencapaiannya dalam bidang lakonan, Sam sememangnya bijak membawa apa sahaja watak yang diberikan kepadanya, namun berbeza dengan kebanyakkan pelakon lain, Sam nampaknya enggan membawa dirinya ke pentas teater.

"Saya pernah ditawarkan untuk teater, tapi setakat ini saya masih belum berkesempatan untuk terima sebab jadual yang penuh. Teringin juga nak berada diatas pentas teater, tapi dalam masa yang sama, saya juga takut,"jelas Sam.

Gambar Osama Laden Palsu?

3 comments
Salam semua.
Berita terkini...Gambar mayat Osama Laden adalah palsu..

Jd persoalannya kini, adakah Osama Laden dah mati? Atau pun ia hanyalah propaganda US mewujudkan Osama Laden yg beragama Islam dan dilabelkan sebagai pengganas. Secara langsung memburukkan imej agama Islam. Ini adalah salah satu niat jahat org kafir untuk memburukkan agama Islam.
Fikir2kan lah...

Jehan tersingkir ?

1 comments
Salam semua.
Di sini Mr. A nak update skit pasal Maharaja Lawak Minggu ke 5.
Seperti yang dijangka, Jihan menjadi peserta yang mendapat undian paling rendah pada malam Maharajalawak Minggu ke5 ini sekaligus membuatkan satu-satunya pelawak wanita ini tersingkir dari terus berada dalam Maharajalawak.

Menyingkap kembali persembahannya sejak dari awal pertandingan, persembahan yang dibuat oleh Jihan tidak begitu konsisten dan adakalanya kurang mendapat sambutan daripada penonton. Bahkan undian yang diterima juga kurang memberangsangkan.

Biarpun sebelum ini, Jihan berjanji akan melakukan yang terbaik pada minggu ke5 ini, Jihan nampaknya terpaksa akur dengan keputusan yang telah ditetapkan.

Jihan mengakui dia tidak pernah terfikir untuk berada di pentas final untuk program Maharajalawak ini, setelah melihat prestasi peserta-peserta senior yang cukup hebat.

"Sememangnya saya tidak meletakkan target untuk ketahap final, saya tahu kemampuan saya tidak mampu melepasi kehebatan pelawak-pelawak senior seperti Jozan dan Nabil, tapi setiap minggu saya berusaha yang terbaik untuk dipersembahkan pada peminat.

"Asalkan peminat saya terhibur, itu sudah memadai bagi saya,"jelasnya

Apa pun yang berlaku, diharap Jihan akan meneruskan kerjayanya dan tidak terus berputus asa.

Antara peserta yang tinggal adalah Jozan, Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Man dan Amir.

Osama bin Laden mati dibunuh

2 comments
Salam semua.
Sekali lagi berita yang telah mengejutkan dunia. Osama bin Laden telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat yang telah menjalankan operasi membunuh Osama dan dibantu oleh Pakistan.

Osama bin Laden, dalang jenayah di belakang al-Qaeda dan dunia yang paling dikehendaki selepas serangan 11 September 2001, telah dibunuh oleh operasi Amerika Syarikat, Presiden Barrack Obama telah mengumumumkannya di sidang akhbarnya.

Presiden Obama mengatakan Osama Bin Laden tewas dalam "operasi disasarkan" dalam Abbottabad, sebuah bandar dataran tinggi utara Islamabad, malam tadi.

Operasi bermula dengan memimpin perisikan Ogos lalu, dan memuncak dalam sebuah operasi yang melibatkan "pasukan kecil orang Amerika". "Setelah pihak tentera menembak mereka dan seterusnya membunuh Osama bin Laden."

Tidak ada orang Amerika terbunuh. Pakistan bekerjasama "membantu untuk memimpin kita padanya" katanya.

Mayat Osama adalah dalam pemilikan AS, menurut laporan pertama dari rangkaian televisyen AS.

Sebagai penyebaran berita, orang ramai berkumpul di luar gerbang Rumah Putih di Washington DC, menyanyikan lagu kebangsaan dan bersorak gembira.

Presiden Obama membuat kenyataan malam minggu untuk mengumumkan berita sekitar pukul 11:30 waktu timur bahawa mereka akan menangkap Osama Bin Laden dari lapan tahun dahulu hingga ke hari ini bahawa Presiden George Bush menyatakan "misi selesai" di Iraq. Sebagai presiden, Bush menyatakan ia ingin Osama bin Laden "hidup atau mati" - tapi sekarang tidak mungkin sosok Barack Obama yang telah mampu mengumumkan kemenangan akhir sebagai komander AS-in-chief.

Ini adalah titik balik dalam "perang melawan keganasan" global yang telah dilancarkan sejak 9 / 11 - dan berita akan bergaung di seluruh dunia.

Berita ini muncul sebagai dorongan yang tak tertandingi untuk dasar luar negeri AS, tujuan utama yang sejak tahun 2001 telah menjadi melucutkan senjata dan pemotongan al-Qaeda, dan kebetulan mungkin memastikan terpilihnya kembali Obama pada tahun 2012.

Sebagai calon selama kempen pilihanraya 2008, Obama berkali-kali bersumpah: "Kami akan membunuh Osama bin Laden." Dan begitulah yang terbukti.

Kenyataan Obama dijadualkan awalnya untuk 10:30, tetapi perlu memberitahu para pemimpin Kongres AS menyebabkan kelewatan.

Di ibukota Pakistan, Islamabad, seorang diplomat barat digambarkan berita itu sebagai "changer permainan" - bukan hanya untuk al-Qaeda, tetapi juga untuk dasar luar negeri AS di Pakistan dan Afghanistan, sebuah wilayah terlibat dalam kekacauan dan keganasan sejak tahun 2001.

"Aku senang," kata diplomat. "Tapi apa ini justru berarti benar-benar tidak jelas."

Beberapa penganalisis takut kematian bin Laden boleh mencetuskan pengeluaran AS dari daerah terjal, dengan perang melawan Taliban di Afghanistan masih belum diselesaikan.

Ini akan mungkin juga menyediakan semula hubungan dengan Pakistan, di mana CIA terlibat dalam pembunuhan kempen kontroversi melawan tokoh al-Qaeda senior menggunakan pesawat tanpa pemandu Predator dan Reaper.

"Dia sudah meninggal," kata seorang pegawai Pakistan Inter-Services Intelligence, menolak untuk memberikan butiran lain daripada mengatakan bahawa itu adalah "sangat sensitif operasi perisikan".

Pejabat itu mengatakan dia "tidak berhak" untuk memberikan butiran lebih lanjut tentang pembunuhan itu, termasuk dalam laporan bahawa perisikan Pakistan terlibat dalam operasi itu. "Kami akan mengeluarkan maklumat lagi nanti pagi ini," katanya.

Abbottabad adalah kenderaan arah utara sekitar dua jam dari Islamabad, di wilayah Pakhtunkhwa Khyber. Hal ini bukan sebahagian daripada sabuk suku, di mana kempen drone strike CIA telah tertumpu, tetapi adalah rumah bagi lembaga latihan utama tentera Pakistan, Pakistan Akademi Tentera di kakul.

Fakta bahawa bin Laden tewas di luar sabuk suku di Pakistan akan menimbulkan pertanyaan tentang bagaimana enam kaki empat inci buronan, salah satu wajah paling terkenal di dunia, berjaya melarikan diri keadilan begitu lama.

badan perisikan Pakistan telah banyak bekerjasama dengan AS dalam menangkap buronan al-Qaeda - beberapa tokoh paling terkenal disita sejak tahun 2001 tertangkap di bandar-bandar Pakistan seperti arkitek 9 / 11, Khalid Sheikh Muhammad.

Dalam beberapa bulan terakhir AS pegawai tentera dan perisikan secara terbuka mengeluh bahawa ISI telah membantu rangkaian Haqqani, rangkaian militan al-Qaeda-linked yang melintasi sempadan Pakistan-Afghanistan.

Khasiat Belut

Posted by Aedma9179

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 
Copyright © Aedma9179 Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur