Blogroll

Followers

ENTRI TERKINI

Birthday Boy

17 comments

Salam semua.
27 Feb 2011 7.20 mlm.
Genaplah umur Hafiey Danish 3 tahun.
Em kesian kat die bila aku tgk die td.
Org lain semua celeb8 besday besar2an utk anak masing2. Tp aku takde masa nak planning semua tu utk anak aku. Papa mintak maaf sgt2, tahun ni mmg tak dpt nak dielakkan. Insya Allah papa akan cari masa yg sesuai utk celeb8 besday Hafiey. Jd utk tidak mengecewakan anak kesayangan aku yg sorang ni, aku terus g beli kek utk dia. Mlm ni kitorg sambut besday die satu family je...
Ape2 pun, Hepi Besday Hafiey Danish yg ketiga.

Birthday Boy

Sendayu Tinggi

2 comments

Salam semua.
Entri kali ni aku nak ckp pasal kecantikan wanita.
Korang rasa kecantikan tu penting tak bagi seorang wanita yang dah berkahwin atau pun belum berkahwin. Tp bagi aku kecantikan dalaman lebih penting berbanding dengan kecantikan luaran yang hanya bersifat sementara sahaja.
Mmg la sesetengah lelaki hanya berkata 'Ala cantik tu tak penting, terima je seadanya'..
Cuba korang bayangkan, kalu dalaman tak cantik mesti luaran lagi la buruk kan. Bagi aku kecantikan bermula dari dalam. Hati, perangai dan tingkahlaku mesti kena elok kan. Baru la boleh dikategorikan cantik. Kalau cantik cam Jessica Alba pun tp perangai cam hampeh, tak hormat org, suka mengumpat dan sebagainya, boleh ke kalau kita kategorikan 'cantik'.
Cer cite, cer cite...
Ni nak citer la, kalu setakat luaran je cantik, tapi perangai tu mcm setan, mak bapak pun benci kan..so, jgn la hanya pandang luaran saja, kenal dulu hati budi.
Korang sokong tak kalu aku kata, 'lelaki yang baik, hanya utk pompuan yg baik'. Tp kita kena fikirkan gak kalu lelaki jahat utk pompuan jahat, jd yg jahat tu takbleh jd baik la.
Ni satu lagi, selalunya org yg dah berkahwin ni ambil sambil lewa untuk jaga penampilan diri. Bg aku selagi kita hidup di dunia ni kita mesti jaga penampilan diri walaupun kita tak berapa nak hensem dan tak berapa nak cantik. At least kita jgn la nmpk serabut sgt smpi baju pun tak gosok, rambut tak sikat. Nanti jgn sampai bini plak yg lari cari laki lain dan sebaliknya.
Jd nasihat aku untuk semua blogger, jagalah penampilan anda semua.
Jd la mcm wife aku ni yg sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan (gemuk, perut buncit) selepas bersalin nanti. hehehe.

p/s : harap2 wife aku sentiasa akan berfikiran camni kalu still nak kuar ngan aku, kalu tak aku akan kuar ngan anak2 je la...haha

Buffered earning

14 comments
Salam to all bloggers...
Selamat sejahtera semua..
Ermmm camne aku nak start...
Ok camni la, aku sebenarnya hairan camna la org lain senang dpt buffered earning (BE) dari Nuffnang ? Mcm2 tips yg aku dah baca (slalu search dlm google je la),
tp setakat ni cam hampeh..
Bknnya apa, cume sronok tgk org lain dpt cash out tiap2 bulan. Nak kata entry aku tak bagus, mmg tak berapa nak bagus la..(hehe)
Tp selepas nih harap2 la, diorg dpt tgk blog aku yg ntah apa2 nih...

Kesian kat aku.
Korang tgk la sendiri...

*

*

*

*

*

p/s : mintak tolong sama otai2 bloggers...

Adakah Saiful seorang homoseksual?

6 comments
Salam semua..
Aku rasa ini adalah entry aku yg paling berani sekali dan tak pernah seumur hidup aku menulis semua ini. So, aku cuma nak berkongsi dengan semua blogger.

Perbicaraan Kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.
Perbicaraan pagi ini tertumpu kepada persoalan sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis. Namun, Karpal yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan. Beliau mempersoalkan bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful tidak dicatatkan dan ingin tahu sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif. Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawab soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut dikemukakan."Saya seorang saintis dan bidang kepakaran saya ialah menjalankan analisis terperinci ke atas sampel dan eksibit yang diserahkan kepada saya dan saya tidak dapat memperoleh hasil penemuan seperti dicadangkan oleh peguam," katanya. Hakim kemudiannya membenarkan soalan itu apabila Karpal mengemukakan alasannya. Menurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif. Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.Pada ketika itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah soalan itu dan berkata ia patut diajukan kepada tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful pada 28 Jun, 2008. Mohamed Yusof berkata Dr Seah tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan dalam borang pro-forma (borang sejarah perubatan) pesakit (Saiful), yang Karpal dalam hujahnya berkata doktor merekodkan kes itu sebagai cubaan liwat dan bukannya liwat. Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.

Karpal
: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?

Seah
: Tidak mustahil.

Karpal: Hasil penemuan anda pada palitan B5 (kawasan sekitar dubur Saiful) mengenai kehadiran beberapa profil DNA?

Seah: Ya

Karpal: Di sini, lebih daripada seorang penyumbang, bolehkah anda katakan yang Saiful ialah seorang homoseksual pasif?

Seah: Saya tidak dapat menjawab soalan itu, saya seorang saintis dan bukannya doktor perubatan.

Karpal: Saya tanya anda berdasarkan hasil penemuan anda pada palitan B dan apa yang direkodkan dalam laporan pro-forma sebagai cubaan liwat, sekali lagi boleh anda katakan Mohd Saiful seorang homoseksual pasif?

Seah: Saya tidak dapat berikan jawapan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Sementara itu Bernama melaporkan berlaku pertikaman lidah antara Mohamed Yusof dan seorang lagi peguam bela SN Nair, apabila beliau memberitahu peguam bela itu supaya berhenti membuat "ulasan selari". Pertikaman lidah itu berlaku apabila Nair bertanya kepada Dr Seah berhubung protokol Jabatan Kimia semasa membuat penandaan pada sampel. Nair merujuk kepada dua sampel daripada 12 sampel yang diterima ahli kimia pada 30 Jun, 2008 daripada pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira. Peguam itu berhujah Dr Seah tidak mematuhi sepenuhnya protokol jabatan sehingga tarikh pada sampel palitan B4 dan B5 direkodkan 26 Jun, 2008, sedangkan hakikatnya ia direkodkan pada 28 Jun, pada hari ketiga-tiga doktor berkenaan mengambil sampel daripada Saiful di HKL.

Nair: Saya cadangkan kepada anda, anda mungkin telah rekodkan sepertimana tertera (pada bekas plastik), satu tarikh lain pada sampel?

Seah: Ya

Nair: Berdasarkan standard antarabangsa anda, anda patut membatalkan dua sampel ini?

Seah: Saya tidak setuju.

Nair: Jika anda mempunyai dua sampel yang dibatalkan, anda patut melihat sampel lain dengan perasaan syak. Anda kata anda mempunyai integriti tinggi, tidak itu mempersoalkan integriti?

Seah: Tidak. Kita patut beri faedah kesangsian.

Nair: Saya cadangkan kepada anda bahawa anda tanya tahu mengenainya sekarang dan tidak pernah beritahu kepada pihak pendakwaan?

Seah: Tidak setuju. Ia telah dicatatkan. Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah mengesahkan pencemaran pada sampel palitan B5 (kawasan sekitar dubur Saiful) di mana disahkan kehadiran profil pengadu, lelaki Y dan seorang yang tidak dikenali. Beliau tidak menolak kemungkinan pencemaran itu mungkin berlaku apabila kawasan (kawasan dubur) bersentuhan dengan permukaan. Dr Seah juga menolak kemungkinan berlaku pencemaran di makmal Jabatan Kimia kerana kemungkinan itu telah dihapuskan oleh ujian profil DNA semua warga kerja di jabatan itu.

p/s : pandai2 la kita menilai sendiri...moral of the story, jgn sesekali kita menuduh org lain, nanti kelak kena batang hidung sendiri.

Tuala Wanita

2 comments
Salam...
wahh cam best je entry aku kali ni. tp kalu difikirkan balik, tolong jgn ambil mudah dengan semua ni. Sbb ini semua akan melibatkan nyawa anda semua wahai kaum wanita. Pagi ni bila aku belek2 suratkhabar, aku tertarik dengan artikel ni...

Tiada bukti tuala wanita punca kanser
SERDANG: Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan dibuat beberapa persatuan pengguna berhubung penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah rahim walaupun setakat ini tiada bukti secara saintifik berhubung perkara itu.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setiap produk di negara ini perlu melalui ujian dan pemantauan yang ketat, malah tiada kes berhubung dakwaan itu dilaporkan setakat ini.
Beliau berkata, kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar tuala wanita jika didapati mengguna-kan bahan penyebab penyakit dalam produk mereka kerana ia membabitkan keselamatan pengguna.
“Kita akan siasat dakwaan itu tetapi setakat ini tiada bukti menunjukkan tuala wanita penyebab barah rahim,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Astro Kasih Bersama Wad Pediatrik di Hospital Serdang di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian persatuan pengguna mengatakan punca utama wanita diserang barah pangkal rahim disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.
Sementara itu, Liow berkata, sekurang-kurangnya 20 hospital kerajaan di negara ini akan dilengkapi sistem penyimpanan rekod perubatan secara digital menjelang 2015.
Katanya, langkah itu akan mempercepatkan proses pencarian rekod perubatan pesakit berbanding cara manual yang dilaksanakan di kebanyakan hospital kerajaan pada masa ini.
“Banyak lagi hospital di negara ini masih menyimpan rekod perubatan secara manual. Jika menggunakan fail digital, kita memperoleh maklumat dengan cepat, tepat dan menjimatkan masa,” katanya.
Liow berkata, pada masa ini antara hospital kerajaan yang sudah dilengkapi sistem berkenaan ialah Hospital Serdang, Putrajaya, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Ditanya mengenai tempoh masa ditetapkan untuk melengkapi semua hospital dengan sistem itu, beliau berkata, ia satu proses yang berterusan dan dijalankan secara berperingkat.
“Selepas semua hospital dilengkapi sistem itu, kita akan membangunkan pula sistem khas yang mampu menghubungkan semua hospital di seluruh negara supaya dapat bertukar maklumat pesakit,” katanya.

So, wahai wanita semua...berhati-hati la..

Diet?

2 comments
Salam semua bloggers...
Dah dekat 5 hari aku tak update blog kan..maklum la, minggu nih mmg sibuk sgt ngan kerja kat opis. nak uat camna, sapa suh keja jd kuli kan...
Mcm ni citernya...
Hari khamis lepas, org KKM telah dtg ke penang untuk naziran tentang Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi dan Pegawai Pergigian. Itu semua tak penting, yg penting tugas aku sepanjang diorang dtg ialah aku kena jd LO 'liason officer' utk diorang. Lawak gak kan, aku bknnya tahu sgt tempat2 kat penang ni sbb aku jarang sgt kuar jenjalan ngan family. tp semuanya dah settle, alhamdullilah...
Sepanjang aku bersama diorg, ade gak petua yg aku dpt dgn diorang ni, maklum la org Kementerian Kesihatan...So aku nak kongsi ngan korang semua pasal diet.
Kalau cita bab diet ni, mmg mcm2 cara org nak berdiet kan? sampai sanggup tak mkn nasi seminggu pun tak pe...tp semua tu akan membuatkan kita tak bertenaga. Nanti mula la nak uat keja pun tak larat..
Yg paling senang skali nak berdiet adalah dgn mengamalkan meminum air masak sehari 2 liter. Jd korang tak perlu risau nak mkn aper pun. Korang cuba buat semua ni selama sebulan, mesti berat badan korang akan turun. Dengan mengamalkan meminum air masak setiap hari korang akan berasa sentiasa segara dan bertenaga. Petua ni diberitahu selepas org yang menceritakan kat aku tu dah uat sendiri. Selepas sebulan, berat badan dia turun 2 kilo.
Mengikut fakta sains, air masak dapat me'neutral'kan toksin dalam bdn manusia. Dan tolong jgn minum air yang berperisa sbb kandungan gula yg tinggi akan menyebabkan kita obesiti..hehehe mcm penasihat pemakanan plak aku ni.
Mulai sekarang marilah kita mengamalkan meminum air masak sebanyak 2 liter sehari untuk kesihatan kita semua.
Amin...

Pakej Terbaru

2 comments

Salam 1Malaysia,
Bagi memenuhi kehendak pelanggan, Aedma Studio telah memperkenalkan satu pakej yang paling murah dan menarik untuk gambar perkahwinan yang telah menjadi 'trend' masa kini iaitu
seperti contoh di bawah :

Pakej 2 – RM850

3 rol gambar saiz 4R (120 keping)
2 keping gambar saiz 8’x12’ (A4 Size)
1 sticky album
1 custom album (8’x12’)
Outdoor photoshoot (hari yang sama)
[Gambar siap dlm tempoh paling minima seminggu]

Bunga ?

6 comments
Argghhhh...
cam tak caya aku beli sejambak bunga hari nih...
Seumur hidup aku tak pernah beli bunga untuk sesiapa pun. Tiba2 hari ni aku 'termasuk' kedai bunga untuk membeli bunga. Ish segan gak bila masuk kedai bunga tadi...lain mcm je rasanya...hanya tuhan je yg tahu perasaan aku masa tuh.. Auntie kat kedai tu pun gelak tgk aku pilih jambak bunga. Nasib baik die bagi aku tgk katalog, senang skit nak pilih.Cepat je aku pilih bile ada katalog depan mata..Bila dah siap, satu lagi masalah aku..nak bwk jambak bunga ke tempat parking.. So sekali lagi la aku kena uat muka tembok sambil melangkah dengan laju ke kereta.... Tp untuk isteri tersayang, aku gagahkan diri, tebalkan muka jugak untuk semua tuh..mula2 dulu aku ingat nak beli online je, tp aku tak reti sangat semua tuh..maklumlah aku ni buta IT skit...tp kalu bab lain tu, memamng aku pandai la..hahaha... First time aku beli bunga kat isteri aku, masa bercinta tu jgn harap la aku nak beli semua tuh kat dia..nasib baik la dia tgh mengandung sekarang ni. Kononnya dia mengidam nak sejambak bunga dari aku..mana taknya, dah nak dekat 5 tahun aku kawin tak penah dpt sejambak bunga dari aku..nasib la dpt laki yg tak suka bunga...haha...
Korang tgk la sendiri bunga yg aku beli tadi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Jiwang sgtkah aku, romantik sgtkah aku?
huhu cam tak caya je kan...

Drive Thru

0 comments
Salam...
Dah lama kan aku tak letak entry. terasa rindu plak nak update blog. Ok la, ptg td lepas balik dr keja, aku terus g amik anak kat umah parents aku. Menjadi kebiasaan selepas amik anak, kmi akan terus g mkn kat mana2 atau pun tapau bwk balik umah.

Gambar hiasan

aku : kite nak mkn ape mlm ni?
wife : ape2 je la..ape kata papa belanja mkn kat ***?
aku : ok gak.

Aku pun meng'ia'kan je la sbb die teringin nak mkn meal yg baru kuar kat tv. jd tanpa lengahkan masa aku terus menuju ke restoran makanan segera tersebut yg terletak di Bandar Sunway, Seberang Jaya. Sbb senang skit ade 'drive thru', dok dlm keta je amik order..

Aku dan family aku dah pernah pegi kt restoran makanan segera tersebut. Masa first time kitorg pergi, order cam biasa la sbb menu diorg lekat kat cermin cashier. jd senang je nak order. Lepas order, mcm biasa la kena bayar dlu pas2 g amik kat kaunter lg satu. Pas2 kitorg terus balik umah yg terletak lebih kurang 5 minit dr restoran tersebut.

Gambar hiasan

Bila kitorg bkk nak mkn, baru sedar yg meal yg kitorg pesan tu tak cukup (cth : Air, Burger & Kentang, kentang tiada). So nak taknak mkn je la ape yg ada...xpe la mgkn salah kitorg gak sbb tak check meal tu masa amik. x kisah la semua tuh.

Td pun benda yg sama jadi lg. Nasib baik sebelum tuh aku dah pesan kat wife, suh die check semua sbb taknak 'banana fruit two times' (hehehe, mcm dialog Adnan Sempit). Bila wife dah check mmg ada yg tak cukup. So, my wife pun sound la kat bdk tuh...

Wife : Dik, sos **** tak bg pun..
Bdk tu : sorry kak.

Nasib baik la bahasa die pun ok. Tp tak patut la diorg tak check semua tuh sebelum deliver kat customer. Sepatutnya diorg kena check semua tuh dulu, bknnya tak kisah pasal semua ni. ni pun sbb wife aku biasa mkn meal tersebut, tu yg die tau ape yg takder...kalu aku pakai halalkan je la...So, ari ni aku dpt mkn 'meal' yg complete..hehehe.

Suami pun kena pantang gak ker?

6 comments
Salam sejahtera...
Betul ke suami kena pantang memancing masa isteri sedang mengandung?
Bagi sesetengah org memancing ni akan membuang masa kan? tp bg aku memancing ni la yg byk mengajar seseorang bersabar...
Berbalik kpd tajuk entry aku kali ni...
Kadang-kadang aku pun tak paham ngan manusia kan..byk sgt pantang larang dlm hidup ni..
Dah dkt 8 bulan aku 'berpantang' tak g mancing. Ni dah smpi tahap 'gian' nak mancing..
Em...bg aku, bkn sbb takut anak nanti kuar mulut sumbing (mintak simpang la) tp mungkin org2 tua tak bagi si suami tinggalkan isteri masa mengandung, mungkin takut jd ape2 kat si isteri..
itu ajer la...maklum la, dlu2 kan kalu org kuar memancing mesti akan tinggalkan anak/isteri seminggu atau dua minggu tp zaman dah berubah der...pagi ni pergi mancing, petang kang dah balik umah...agak2 tak dpt ikan, singgah la kat pasar jap. Kena kontrol la der...nanti kena kutuk..So, bg sesiapa yg slalu g mancing tp tak dpt apa2, ikutlah nasihat aku...mesti isteri korang suruh g mancing slalu...

Selamat Pengantin Baru

2 comments
SELAMAT PENGANTIN BARU
FADZLI DAN NOREEHAN

Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.

Photo by Aedmastudio

Entry org tgh demam...

0 comments

Hari ni aku demam sbb dah lama tak berjemur tgh panas..semalam satu hari suntuk jd cameraman majlis perkahwinan..
terkejut aku tgk members yang baca blog aku, first time aku tgk ramai camni (sebelum ni cuma dua tiga org saja). So, aku ucapkan time kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada aku....
Sorry sbb entry aku kali ni pendek saja, aku tgh demam jd tak dpt nak membebel panjang lebar k..

Cuti pun kena keja...

0 comments
Salam...
Hari ni aku ada job photoshoot gambar perkahwinan di area Seberang Jaya. Slalu nya aku akan pegi ngan wife sbb die yg slalu assist aku utk 'posing'kan pengantin2. tp hari ni aku terpaksa bwk si kecik g skali sbb parent aku g kl tgk org sakit..so, nak tak nak aku kena bwk satu family g gak...

Mula2 masa smpi tuh ok la, siap g mkn laksa...pas2 dapat kwn2 yg sebaya ngan die..seronok aku tgk bdk2 main. teringat zaman aku masa kecik2 dlu...

Bila dah abis mkn, mula la uat perangai nak ajak balik...teruk gak nak pujuk die supaya tak ajak balik awal...masa tu pengantin pun tak smpi lg..bile dah pengantin smpi, si kecik ni asyik ikut belakang bontot aku ke hulu ke hilir, ceruk mana aku g snap gambar..bila keadaan dah reda skit, aku pun snap la gmbr die sekeping dua, suh die posing..anak aku ni bile depan kamera, mmg mcm2 gaya die uat..

Alhamdullilah..akhirnya sehingga selesai keja aku hari nih..sampai je umah, die terus masuk tido sbb letih sgt main kat umah kenduri dengan kawan baru...Next job hari sabtu....

Ragam Politik di Malaysia

0 comments

Sedang aku asyik laman web Malaysia Kini, aku tertarik dengan satu statement berkaitan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Kadang-kadang aku pun dah konfius dengan situasi politik semasa di Malaysia. Bagi aku sekarang ni dah nmpk sgt kelemahan masing2, masing2 yang telah menunjukkan kelemahan tersebut. Aku sebagai rakyat yang lemah ini hanya mampu mengikut kerajaan yang memerintah sekarang.

Aku cuma nak share ngan korang statement Malaysia Kini, yang telah menarik perhatian aku...

Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.

"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.

Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.

Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.

Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.

Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.

Lagenda Budak Setan

0 comments
Salam...
Setelah 25 minggu setia melayan drama Lagenda Budak Setan yang disiarkan sebanyak 25 episod di Astro Prima setiap Selasa jam 10 mlm, tersentuh jugak perasaan aku ni walaupun aku bknlah boleh dianggap jiwang untuk melayan cerita-cerita cintan ni. Tp sepanjang aku mengikuti perkembangan Lagenda Budak Setan dari dulu dengan Novel, filem dan seterusnya drama memang menarik jalan cerita. So, disini aku ingin berkongsi sinopsis Lagenda Budak Setan untuk tatapan semua..

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Happy Chinese New Year !

0 comments

Happy Chinese New Year kepada yg menyambutnya la...tp kpd sapa2 yg tak menyambut, selamat bercuti..dan yang paling penting berhati-hati di jalanraya...
Ingatlah, kepulangan anda dinantikan bknlah untuk ditangisi.....

Minyak naik lagi...

0 comments

Salam semua...
Hari ni topik yg paling panas di Malaysia adalah kenaikan harga minyak Ron97 dari RM2.40 seliter kepada RM2.50 seliter. So, sapa2 yg menggunakan minyak RON97 tu, bertukarlah kepada minyak RON95 yang lebih murah. Kenaikan harga minyak ini adalah disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang kini dah mencecah sehingga USD$100 setong. Kenaikan ini juga mungkin disebabkan kekacauan yg telah berlaku di Mesir. Em, agak2 gaji kakitangan kerajaan akan naik ke?

Bagi peminat bolasepak BPL plak, topik yg paling panas dan telah memberi satu kejutan adalah perpindahan Fernando Torres dari Liverpool ke Chelsea dgn yuran perpindahan sebanyak 50 juta pound (RM243.2 juta). Dengan perpindahan tersebut, Liverpool telah mengikat kontrak Andy Carroll dari Newcastle (35 juta pound) dan Suarez dari Ajax (22.6 juta pound). Aku rasa Torres dah tak tahan dengan kekalahan yang sedang dilalui Liverpool skang nih. Aku harap Liverpool mampu bersaing bersama2 kelab terkemuka England spt Man Utd, Arsenal dan Chelsea.

Birthday Boy

Posted by Aedma9179

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 
Copyright © Aedma9179 Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur