Blogroll

Followers

ENTRI TERKINI

Pelakon Hina Orang Kampung ?

7 comments

Macam-macam hallah si artis kontroversi yang sorang ni. Ada saja cerita hot pasal dia ni. Senyap sekejap muncul balik.

Macam tak sedar diri pulak si pelakon itu apabila sudah mengecap hidup mewah bila berhijah ke Kuala Lumpur walaupun mutu lakonannya taklah seberapa hebatnya. Menyampah dengarnya.

Macam ini ceritanya. Pada satu larut malam si pelakon ini turunlah ke pasar larut malam di satu daerah di Kuala Lumpur bersama kawan-kawan dia. Tak tahulah apa yang nak dicarinya di situ.

Adalah sekumpulan peminat yang teruja bila lihat dia datang. Maka mereka mengambil kesempatan bergambar bersama pelakon itu. Bukan main suka lagi peminat tu dapat bergambar dengan si pelakon wanita popular dan kontroversi itu.

Bila peminat itu berlalu di pelakon mencebik dan berkata: "Orang kampung... tak pernah jumpa artis!"

Dia tak perasan kat belakang dia ada seorang peminat yang menunggu peluang nak bergambar dengannya. Tapi bila mendengar kata-kata carut pelakon yang memang berasal dari kampung yang jauh dari Kuala Lumpur itu, terus dia hilang hormat.

Bukan sekadar membatalkan hasrat nak bergambar, tapi dia juga buang sudah nama si pelakon itu daripada senarai artis yang diminati. Buat apa minatkan artis yang perangai buruk macam itu.

Wirawati BERSIH 2.0 - Makcik Anne

3 comments

Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih. Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu. Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis. Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. “Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan. “Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu.” Katanya, Makcik Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas. “Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu,” kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News. Malaysiakini sempat mewawancara Makcik Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih “mudah jika berjalan seorang diri”. "Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun,” katanya. "Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.”

Hiburan Sekeluarga

1 comments

Assalamualaikum.

Hiburan di dunia, jgn sesekali lupa bekalan untuk akhirat.

Setiap yang hidup, pasti akan menemui ajal kelak.

Beringatlah wahai hambaNya.

Di dunia ini hanyalah pinjaman dari Yang Maha Esa.

Rezeki yang diterima, bersyukurlah ke hadratNya.

Iklan

2 comments
Slot Zehra TV3
Setiap Jumaat jam 9.00 mlm

TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.

Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibubapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).

p/s: jgn lupa menyaksikan drama ini k.

Masa Depan

1 comments
Salam semua.

Cerita kanak-kanak, mmg lucu apabila dikenang.

Walau pun lucu, ia menjadi harapan setiap ibu bapa.

Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih.

Ibu bapa lah yang akan mencorakkan segalanya.

Masih adakah harapan untuk anak-anak kita kelak?

Pelakon Hina Orang Kampung ?

Posted by Aedma9179

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 
Copyright © Aedma9179 Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur