Blogroll

Followers

ENTRI TERKINI

Najwa Latif - Gadis Youtube

8 comments

Assalamualaikum.

Mengambil jalan seperti mana yang pernah dilakukan oleh Zie Avie menerusi lagu Kantoi, Yuna (Dan Sebenarnya) dan Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku), gadis yang baru berusia 16 tahun ini juga mengambil alternatif Youtube untuk menaikkan namanya dalam industri seni suara ini.

Najwa Latif, gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini mula mencipta nama sebagai penyanyi selepas lagu ciptaan bersama seorang kakaknya, Cinta Muka Buku mendapat perhatian yang sangat menggalakkan melalui muat turun laman You Tube.

Masih bersekolah dan berada ditingkatan empat, Najwa bagaimanapun bijak mengawal jadualnya dan membezakan antara kerjaya dan perlajaran.

"Saya sudah mula menyanyi sejak berusia lima tahun dan bermain gitar pula pada usia 14 tahun, bermula dengan memuat naik video di laman sesawang youtube untuk tontonan ayah saya yang ketika itu baru sahaja pindah ke Kota Tinggi.

"Ayah akan lihat perkembangan saya dalam bermain gitar, jadi setiap minggu saya akan praktis bermain gitar dan memuat naikkan video terbaru untuk ayah. Tak sangka ada orang lain yang turut sama menonton video saya di Youtube. Dan dari situlah, nama saya mula dikenali.

"Tentang sekolah, buat masa ini Alhamdulillah, saya dibawah naungan NAR Records dan mereka sangat memahami keadaan saya sekarang ini. Mereka menguruskan jadual saya supaya persembahan dan sesi promosi dijalankan pada hujung minggu atau cuti sekolah sahaja,"jelas Najwa Latif.

Bercerita tentang singlenya yang sedang hangat diputarkan di stesen-stesen radio tempatan, Najwa mengakui sangat bersyukur dengan penerimaan orang ramai tentang perkara itu.

"Lagu Cinta Muka Buku ini berkisar tentang pekenalan dilaman sosial yang terkenal iaitu Facebook. Kalau kita dapat lihat sekarang, ramai orang yang berkenalan, bercinta, dan ada juga yang berkahwin, bermula dengan perkenalan di laman Facebook ini.

"Jadi, kakak saya, iaitu Syafika Latif yang juga penulis lagu ini, cuba mengolah satu lagu berkisarkan kisah perkenalan laman sosial ini. Saya memilih tajuk Cinta Muka Buku kerana ia bermaksud facebook yang umum tahu ia merupakan lama sosial yang terkemuka bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Harapan saya agar lagu ini diterima umum dan orang dapat menerima Najwa Latif dalam persada muzik di Malaysia, Insya-Allah,"jelasnya.

p/s : jom terjah blog Najwa Latif - http://najwalatifs.blogspot.com/

Cikgu Zakiah - Juvana

10 comments

Assamualaikum.
Semalam adalah episod terakhir bagi drama bersiri Juvana yg telah ditayangkan di TV3. Mmg best sgt cerita tu. Watak-watak yg popular dlm drama tu adalah seperti cikgu Zakiah, Daim, Botak dan lain2..
Mr. A tercari2 siapa sebenarnya cikgu zakiah yang sebenarnya. Akhirnya Mr. A telah jumpa biodata Cikgu Zakiah atau lebih dikenali Izreen Azmida

NAMA: Izreen Azminda Aznam

TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1985

USIA: 25 tahun

ASAL: Kangar Perlis

AKADEMIK: Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)

FILEM: Nana Tanjung 2 dan Otai

DRAMA: CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling dan Juvana

PENCAPAIAN: Tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 2005/2006

Pelakon Hina Orang Kampung ?

7 comments

Macam-macam hallah si artis kontroversi yang sorang ni. Ada saja cerita hot pasal dia ni. Senyap sekejap muncul balik.

Macam tak sedar diri pulak si pelakon itu apabila sudah mengecap hidup mewah bila berhijah ke Kuala Lumpur walaupun mutu lakonannya taklah seberapa hebatnya. Menyampah dengarnya.

Macam ini ceritanya. Pada satu larut malam si pelakon ini turunlah ke pasar larut malam di satu daerah di Kuala Lumpur bersama kawan-kawan dia. Tak tahulah apa yang nak dicarinya di situ.

Adalah sekumpulan peminat yang teruja bila lihat dia datang. Maka mereka mengambil kesempatan bergambar bersama pelakon itu. Bukan main suka lagi peminat tu dapat bergambar dengan si pelakon wanita popular dan kontroversi itu.

Bila peminat itu berlalu di pelakon mencebik dan berkata: "Orang kampung... tak pernah jumpa artis!"

Dia tak perasan kat belakang dia ada seorang peminat yang menunggu peluang nak bergambar dengannya. Tapi bila mendengar kata-kata carut pelakon yang memang berasal dari kampung yang jauh dari Kuala Lumpur itu, terus dia hilang hormat.

Bukan sekadar membatalkan hasrat nak bergambar, tapi dia juga buang sudah nama si pelakon itu daripada senarai artis yang diminati. Buat apa minatkan artis yang perangai buruk macam itu.

Wirawati BERSIH 2.0 - Makcik Anne

3 comments

Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih. Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu. Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis. Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. “Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan. “Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu.” Katanya, Makcik Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas. “Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu,” kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News. Malaysiakini sempat mewawancara Makcik Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih “mudah jika berjalan seorang diri”. "Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun,” katanya. "Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.”

Hiburan Sekeluarga

1 comments

Assalamualaikum.

Hiburan di dunia, jgn sesekali lupa bekalan untuk akhirat.

Setiap yang hidup, pasti akan menemui ajal kelak.

Beringatlah wahai hambaNya.

Di dunia ini hanyalah pinjaman dari Yang Maha Esa.

Rezeki yang diterima, bersyukurlah ke hadratNya.

Najwa Latif - Gadis Youtube

Posted by Aedma9179

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 
Copyright © Aedma9179 Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur