Blogroll

Followers

ENTRI TERKINI

Misteri bola mata GERGASI?

3 comments
Salam Sejahtera

MIAMI - Kemunculan bola mata gergasi berwarna biru di pantai Florida Selatan telah mencetuskan tanda tanya banyak pihak selepas gambarnya dimuat naik ke dalam internet.

 Pembantu profesor untuk program sains marin di Universiti Antarabangsa Florida, Heather Bracken-Grissom berkata, hasil pemerhatian awal mereka mendapati objek misteri itu mungkin spesies sotong yang hidup di laut dalam atau ia adalah spesies ikan todak yang besar.

 Difahamkan, bola mata gergasi itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan semasa dia bersiar-siar di sepanjang pantai Pompano utara Fort Lauderdale pada Rabu lalu.

 Menurut Heather, perubahan suhu dunia turut memberi kesan kepada laut dan keadaan tersebut mungkin telah menyebabkan kemunculan beberapa spesies hidupan laut dalam yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pesisir pantai.

 "Kanta bebola mata objek misteri itu menyerupai bentuk mata sotong di laut dalam.Ia boleh membesar seperti saiz sebuah bola sepak.

 Misteri bola mata gergasi tersebut akan terjawab selepas kami selesai menjalankan kajian ke atasnya di Institut Penyelidikan Hidupan Liar dan Akuatik Florida di St Petersburg," jelasnya.-AP
  
Google Maps dapat kesan UFO?

10 comments

Salam Sejahtera

TEXAS - Objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) di dua kawasan berbeza telah dapat dilihat menerusi aplikasi Google Maps sehingga mencetuskan persoalan mengenai kesahihannya. 

 Kelibat UFO ini dapat dilihat di dua kawasan berbeza di Amerika Syarikat menerusi aplikasi Google.

Difahamkan, objek misteri berwarna merah sedang berlegar-legar itu dapat di Jacksonville di Texas dan Sky City Casino Hotel di Acoma Pueblo di New Mexico.

Beberapa pihak membuat andaian bahawa objek tersebut mungkin terhasil daripada tindak balas lampu kilat kamera  atau pantulan cermin dari restoran berhampiran.

Wartawan stesen KLTV-TV, Jamey Boyum berkata, tiada penduduk yang mendakwa mereka ada melihat objek pelik di Jacksonville walaupun ia dapat dilihat dengan jelas menerusi aplikasi Google Street View itu.

"Kami telah menghubungi Google tetapi mereka belum memberi sebarang maklum balas," katanya. -MailOnline 

Gangnam Sytle

14 comments
Salam sejahtera 

Rasanya ramai dah tahu sekarang ni seluruh dunia tengah demam tarian gangnam style yg telah dipopularkan oleh seorang penyanyi korea 'PSY'. Baru-baru ni dihebohkan dalam twitter dan facebook mengatakan bahawa maksud gangnam style adalah 'Saya ingin menjadi yahudi'. Persoalan yang bermain difikiran kita adalah betulkah semua itu? Jadi aku ada buat research skit pasal bendaalah ini. Setelah diterjah blog2 yang menjadikan gangnam style sebagai post yang popular masa kini, akan aku rungkaikan segala persoalan. 

Maksud Gangnam Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea. Seperti yang tertulis di Wikipedia : Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line.

Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat. Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik’ . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ‘ cara encik gangnam’. Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”. Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam.

TOP 3 - Lagu yg tidak disukai kaum wanita

28 comments
Salam Sejahtera.

Jom kita lihat TOP 3 - Lagu yg tidak disukai kaum wanita

# 3
Disana menanti disini menunggu - UKAYS

# 2
Ku menunggu - ROSSA

# 1
Madu Tiga - AHMAD DHANI

Note : Amacam? Setuju tak?

Lubang Neraka di dunia?

12 comments

Salam Sejahtera.

BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.
Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.
Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.
Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini.

Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.
Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.
Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya.
Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat. Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.
Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa.
Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang bertahlil.

Rakaman
Bunyi rakaman yang didakwa daripada Pintu Neraka itu masih boleh didengar di Youtube dengan pengendali klip video itu mendakwa ia sebenarnya suara roh orang mati di alam barzakh.
“Ia cukup menakutkan kami tentang kehidupan yang terdapat di lubang itu,” jelas ketua projek di Derweze, Dr. Dmitri Azzacov.
Azzacov menggunakan sejenis mikrofon sensitif yang berperanan mendengar bunyi atau pergerakan di dalam bumi.
“Apa yang kami dengar ibarat satu perkara logik yang tidak masuk akal. Saya seorang pengikut setia fahaman komunis yang tidak mempercayai agama dan hari pembalasan.
“Tetapi setelah mendengar jeritan itu saya mula mempercayai adanya Tuhan serta soal dosa dan pahala,” kata Azzacov.
Dia juga melihat pada waktu malam gas terang berbentuk seperti jin yang mempunyai dua sayap pada bahagian kiri dan kanan badannya terbang.
“Kejadian itu menakutkan sehingga ramai penduduk bertempiaran lari,” kata seorang saksi, Bjarne Nummedal yang mengatakan lembaga itu hilang beberapa minit kemudian.
Namun, misteri itu disangkal oleh sebuah laman berita www.truthorfiction.com yang mengatakan kisah tersebut rekaan semata-mata dan disensasikan oleh media pada awal 1990-an.
Menurut wartawan laman web itu, Rich Buhler, lubang itu sememangnya wujud tetapi ia terhasil disebabkan simpanan gas asli yang besar di Derweze.
“Mereka menyalakan api untuk memastikan gas asli yang tercemar itu tidak merebak dan membahayakan masyarakat sekeliling. Soal jeritan seperti penghuni neraka itu tidak benar sama sekali,” katanya.
Ujarnya, cerita itu sengaja direka oleh kumpulan pelampau agama untuk menakut-nakutkan manusia.
“Artikel itu memang ada disiarkan oleh akhbar Ammennusatia tetapi ia berdasarkan surat pembaca yang menulis pengalamannya.
“Setelah disiasat, penulis artikel berkenaan juga tidak dapat dikesan manakala cerita itu ditokok tambah,” kata Buhler.
Malangnya, Buhler tidak cuba mencari Azzacov serta menguji kebenaran foto dan rakaman suara aneh itu.

Misteri bola mata GERGASI?

Posted by Aedma9179

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 
Copyright © Aedma9179 Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur