Salam sejahtera
Durian oh durian? ape yg best sgt pasal musim durian nih? Ni nak habaq mai...sgt beruntung bila dah kawin ngan org yg ada dusun durian. Bkn setakat aku ja yg seronok, satu family aku seronok bila dpt mkn durian. Durian ni merupakan salah satu buah favourite family aku. Senang ckp, mmg 'hantu durian', maklumlah kami ni mana ada dusun. Dulu2 kalu teringin nak mkn durian mesti kena beli kat tepi jalan, pasar malam dsb. Erm bila dpt mkn durian, mmg tak nmpk dah kalu org jalan kat belakang. Ada masa tuh aku tgh mkn durian, mak mentua aku teguq pun aku tak perasan, punya dok pulun melantak durian.
So, skang nih tgh musim durian kat kampung wife aku. Minggu lepas cuti hujung minggu aku ngan wife termasuk anak2 pun planning balik Ipoh sbb pak mentua aku awal2 dah tipon suh balik sbb skang musim durian. Jd aku pun pakat2 ngan family aku suh depa semua p kat umah pak mentua aku untuk mkn durian. Durian kat situ mmg sedap, mgkn sbb 100% durian kampung. Menurut pak mentua aku, pokok durian kat situ kebanyakkannya dah lebih 100 tahun usia pokok. Cuba bayangkan saiz ukur lilit pokok durian tuh ada la lebih kurang 2,3 org pemeluk org dewasa. Tingginya jgn tanya la...mmg melangut la kalu nak tgk buah durian...
So nak dijadikan cerita, family aku semua dah pakat nak dtg Ipoh pada hari sabtu ja sbb depa tak mau tidoq kat situ. Aku ngan wife serta anak2 bertolak balik ke Ipoh selepas balik keja pada hari Jumaat. Sampai ja kat Ipoh, anak aku yg sulung Hafiey Danish demam panas. So melepas la aku nak tidoq kat dusun mlm tuh sbb nak kena slalu tgk Hafiey. Takut gak kalu dia demam panas teruk sgt. Takpa la, nak uat camna kan...
Keesokkan harinya, pagi2 lagi aku dah smpi kat dusun durian. Siap bawak breakfast lagi. Habis ja breakfast, mcm biasa la, tgu durian luruh dr pokok..dapat gak la rezeki pagi tuh. Dlm kui 10 pagi, family aku pun sampai kat Ipoh. Aku bagi depa rehat kejap pastu terus ajak g dusun. Saja nak bagi pengalaman makan durian kat dusun. Bila dah sampai kat dusun durian tu, terus aku bukak durian bagi depa mkn. Adik2 ipar aku ni tak pernah rasa mkn durian kat dusun, depa kata ni first time mkn durian kat dusun dan first time gak tgk durian luruh. Saja aku biaq depa pakai sluaq pendek, bg rasa skit nyamuk gigit kat kaki..padan muka!! hahaha..gelak besaq aku bila tgk depa dua nih dok tergaru2 kaki. Aku mmg dah standby awai2 pakai treksuit.
Alhamdulilah mmg rezeki depa dpt mkn durian kat dusun.
Ni gambaq adik2 ipaq aku masa mkn durian Hafiz dan Shafik, mmg tersandaq la lepas tuh. Bila dah dpt mkn durian tuh, mmg melantak gila la depa dua org nih, sampai bini kat umah pun dah tak igt.
Yang nih plak adik aku yang bongsu, Hasif. Dia nih bila mai dusun ja dok kalut tunggu buah durian luruh, bknnya nak mkn sgt pun, cuma seronok berlari bila dgq durian jatuh.
InsyaAllah, bila ada rezeki nanti kita planning lagi mcm ari tu k. Lepas ni, InsyaAllah turn member2 plak mkn durian.. Tungguuu...

















