Kali ni Mr. A nak berkongsi ngan korang semua pasal satu filem dokumentari paranormal yang mencuba untuk menjejaki misteri di sebuah Istana Bilah, sebuah istana tua di Perak. Menurut member Mr. A yang telah menonton filem ini, memang menyeramkan dan amat menakutkan. Jd bg sesiapa yg lemah semangat, adalah dinasihatkan duduk di rumah sambil menonton Upin & Ipin sahaja. Berikut adalah sedikit sinopsis filem 'Penunggu Istana' yang sedang ditayangkan dipawagam seluruh negara bermula 21 April 2011.

Sinopsis Penunggu Istana:- Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat.
Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.
Tajuk Filem:
Penunggu Istana
Pengarah:
Wan Hasliza
Penerbit:
Primeworks Studios Sdn Bhd
Dipawagam:
21 April 2011
Pelakon Penunggu Istana:
Sara Ali
Nadzirah Ahmad Nadzri
Nor Zafirah Abd Rahim
Mustaqim Mohamed Zaki
Amar Asyraf
SEEKERS
p/s : budak2 di bawah umur, sila dapatkan pengawasan daripada mak bapak korang k, jgn ikut suka plak, nanti tak pasal2 ada org ikut balik rumah...










3 comments:
Adess sekarang ni banyak sangat cerita hantu ni...sampaikan anak-anak nak pergi toilet pun kena teman...
x suke citer hantu..hehehe..
nice..visit my blog ... I hope we can exchange links .. greetings...http://mywedding-dresses.blogspot.com/
Post a Comment