Salam semua.
Hari ni 12 May 2011 adalah Hari Jururawat.

Profesion jururawat adalah satu bidang yang sangat berharga. Bidang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan prospek yang sangat cerah.
Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan.
Bagaimanapun, kalangan generasi muda hari ini kurang berminat menceburi bidang kejururawatan dan memilih kerjaya ini sebagai yang terakhir.
Mungkin disebabkan pekerjaan ini tidak glamor, terpaksa mengikut shift dan menjaga pesakit yang membosankan, takut jarum atau darah serta tidak suka persekitaran hospital yang membosankan.
Ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif.
Malah, jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi.
Negara masih kekurangan jururawat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di hospital kerajaan, tetapi di hospital swasta juga.
Justeru, menjelang tahun 2020, kerajaan mensasarkan agar nisbah bilangan kepada penduduk adalah bersamaan 1 jururawat untuk 200 penduduk.
Secara purata, kerajaan memerlukan lebih kurang 75,000 jururawat bagi tujuan berkenaan, ini bermakna kerajaan perlu melatih dalam anggaran 5,000 jururawat setahun.
Bidang kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia dan selalunya mereka yang terlibat dalam bidang ini disebut `unsung heroes'.
Profesion kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek yang sangat cerah, bukan sahaja di negara ini, malah di negara-negara luar seperti di Timur Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di negara mereka dengan gaji yang lumayan.
So, kepada jururawat2 di seluruh Malaysia, taburlah bakti anda dengan sejujurnya untuk kesejahteraan dan kesihatan semua.

1 comments:
mak sy sorg stuffnurse...dah pencen pulak, kolej panggil utk jd lecturer...best...ada pencen...ada gaji lecturer...
Post a Comment