Tahniah dan Syabas! mungkin kata-kata ini paling sesuai untuk ditujukan kepada pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof. Baru empat hari ditayangkan, filem arahannya, KL Gangster sudah pun berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 6.2 Juta, sekaligus memecah rekod sebagai filem paling tinggi kutipannya setakat empat hari tayangan. Membuka 95 buah panggung di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, filem KL Gangster dilihat menjadi satu fenomena baru dalam industri perfileman Malaysia.
Biarpun tercetus satu kontroversi yang mengaitkan filem ini dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), namun ia langsung tidak mencacatkan perjalanannya di pawagam. Malah, ada yang beranggapan, perkara yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung.
Bertanya kepada pengarahnya, Syamsul Yusof, dia bersyukur kerana filemnya diterima ramai biarpun mengalami kemelut dengan pihak Pekida semenjak dari awal tayangan bermula.
""Syukur KL Gangster boleh di terima ramai dan sudah tentu saya tidak menjangkakan ia menjadi fenomena ketika ini.
"Sebenarnya saya tidak gemar bercerita soal kutipan kerana ia bukan sasaran utama saya dalam membuat filem, yang penting bagi saya adalah review yang bagus dari situ saya dapat kepuasan mengarah.
"Bila membaca komen daripada orang ramai, saya gembira dan sekarang saya dalam proses membuat skrip dan berbincang untuk menghasilkan prekuel filem KL Gangster ini yang akan memulakan pengambarannya beberapa bulan lagi.
"Tentang kontroversi bersama Pekida, isu ini sebenarnya tidak patut timbul dan tidak perlu diperbesar-besarkan, kerana pada saya, setiap filem itu sememangnya dibuat atas dasar rekaan semata-mata dan tidak ditujukan kepada sesiapa kecuali ia berkisarkan kisah benar.
"Ini semua hanya salah faham sahaja, dan ia boleh dibawa berbincang tanpa perlu sebarang provokasi,"jelas Syamsul.
Enggan meminta maaf?
Pekida meletakkan tempoh tujuh hari untuknya meminta maaf secara terbuka, namun bagi pengarah ini, dia tidak akan meminta maaf sebelum berbincang terlebih dahulu.
"Saya orang melayu dan saya membuat cerita-cerita melayu, jadi tidak mungkin saya mahu merendah-rendahkan martabat orang melayu. Saya sarankan mereka menonton dahulu cerita ini dan lihat sendiri sejauh mana cerita ini cuba mengangkat eleman-eleman persaudaraan.
"Saya akan cuba mengajak mereka duduk berbincang terlebih dahulu, kerana ini semua hanya salah faham sahaja, jika saya terus meminta maaf, ia seolah-olah menggambarkan saya sememangnya menghina mereka, sedangkan sebenarnya perkara ini hanya ada sedikit kekeliruan sahaja,"jelas Syamsul yang tidak pasti lagi sama ada KL Gangster akan di tayang di Astro First ataupun tidak.











4 comments:
KL GANGSTER BEST.........
nak tgk apa tindakan dari Pekida selepas ini...
perghhh~ KL Gangster..fyza blom tengok lagi..
Post a Comment